Tuesday, December 22, 2009

Akhirnya....

Assalamualaikum semua,

Akhirnya sudah sampai sampul pos laju dari Alaf21 dua hari lepas, dan aku begitu berdebar-debar membukanya....Jeng, jeng, jeng..... Alhamdulillah.. akhirnya sampai juga MoU untuk novel terbaru yang ku nanti-nantikan itu.

Tajuk yang diberi ialah DIA DI HATI. Ok tak tajuknya? Hmm... apapun aku tetap bersyukur, walaupun agak terlambat sedikit dari jadual asal, namun Alhamdulillah... akan keluar juga pada Januari 2010 nanti. Ah, biarlah lambat sedikit walaupun penantian itu satu penyiksaan sebenarnya!

Inilah hadiah buat peminat-peminat dan kawan-kawan ku yang selama ini telah mengikuti perkembangan ku, inilah untuk mu.... Terimalah nanti DIA DI HATI.... Anda boleh melihat website ALAF21 dari masa ke semasa untuk mengetahui bila ianya akan berada di pasaran.

Tunggu ya...

Tuesday, December 8, 2009

Melangkaui masa...

Assalamualaikum semua...

Maaf. Itu yang mampu ku pinta kerana tidak mampu menulis di sini, sejak sekian lama... Namun biarpun sudah setahun LAMAN RINDU (novel ke5 aku) berada di pasaran, ianya tetap menjadi kenangan yang abadi buatku.

Terima kasih tidak terhingga pada peminat-peminatku yang setia melanggani novelku itu, walaupun aku bukan penulis yang setia menghantar pada publisherku, ALAF21. Sokongan anda semua amat aku hargai selama.

Terbaru ialah novel ke6 ku akan keluar insya ALLAH pada Januari 2010 nanti. Tajuk sementara yang ku pilih ialah Pinggiran Kasih. Namun entah apa keputusan sebenar dari pihak editor untuk novel terbaru itu.

Hmm.. nampaknya kena tunggulah ya....