Saturday, July 3, 2010

SYUKUR...

Assalamualaikum semua, maaf kerana memang terlalu lama sangat tidak mengadap blog ini. Kekangan masa... haha.. reason yang tah apa-apa.... memang kat ofis dah tak boleh nak sign in jadi tak bolehlah nak buka.. kena pula laptop kena curi dah dua kali.. aduhh... cubaaaannn.... habis semua hilang novel-novel di dalamnya, sama ada yang sedang dalam pembikinan atau yang lama-lama tapi tak pernah siap-siap tu ha...
Macam dah putus nyawa pun ada! Adehh...

Nak beli balik yang baru bagai dikata la....Anyway rezeki Allah tetap ada... jadi dapat juga saya membeli netbook yang baru... biar kali ni yang boleh diletak dalam handbag gedabak saya tu! senang tak hilang usung sana sini... biar dikata.. amboi, macam lecturer aihh bawa banyak beg... saya tak kisah! yang penting saya boleh terus berkarya untuk novel-novel seterusnya...insya Allah...doakan untuk saya agar diberi Tuhan ilmu untuk menulis novel-novel yang lebih baik lagi di masa akan datang..Amin... (untungnya sapa yang nama Amin .. sb orang dok sebut nama dia saja! hehe..)

Wednesday, January 20, 2010

DIA DI HATI

Inilah novel terbaru saya....


Monday, January 18, 2010

Novel terbaru di promo gengkicap

Aslm semua, terlebih dahulu terima kasih kepada gengkicap kerana sudi mempromokan novel terbaru saya yang ke6 iaitu DIA DI HATI di blog anda.

Novel ini merupakan novel ke6 saya dan anda boleh mendapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran anda. Esok mungkin saya akan ke MPH di Sungai Petani untuk melihat sama ada novel saya ada di sana.

Oh ya, sebelum saya lupa, Yayasan Pembangunan Nurhikmah telahpun mempromokan KURSUS ASAS PENULISAN NOVEL di FB SIMBAZA mereka.

Bagi sesiapa yang beminat untuk bersama-sama dengan saya berkongsi ilmu pengetahuan tentang asas penulisan novel-novel saya, silalah hadir di :

Tajuk Kursus : Kursus Asas Penulisan Novel
Tarikh : 29hb. Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam - 11.30 mlm
Lokasi : 16-3, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra, Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Yuran : RM80 sahaja

Cara Menyertainya :
Bayaran yuran RM 80.00 hendaklah dibuat melalui akaun SIM INTERAKTIF 564306011929 sebelum 18 Januari 2010 jam 3.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Shira di 03-8733 2411 (waktu pejabat sahaja)